Thursday, July 14, 2011

Gurauan Kekasih


Anas r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki badwi bernama Zahir, seorang yang buruk rupa parasnya tetapi sangat mulia akhlaknya serta sangat dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.

Sekiranya Zahir datang ke Madinah, beliau akan menghadiahkan Rasulullah s.a.w. barang-barang yang dibawa dari kampungnya. Apabila dia hendak pulang, Rasulullah s.a.w. akan membekalkan barang-barang keperluannya pula sambil baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Zahir orang kampung kita dan kita orang kotanya.”

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi ke tempatnya. Ketika itu dia sedang menjalankan urusan perniagaannya. Dengan perlahan-lahan Rasulullah s.a.w. datang dari belakang dan memeluknya kuat-kuat. Dia tidak menyedari bahawa yang memeluknya itu adalah Rasulullah s.a.w. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.

Rasulullah s.a.w. membiarkan saja Zahir meronta-meronta sehinggalah Zahir menoleh ke belakang dan didapati yang memeluknya itu adalah kekasihnya, Rasulullah s.a.w. Maka dengan bahagianya dia membiarkan belakangnya tersandar di dada Baginda.
Rasulullah s.a.w. masih tidak melepaskan pelukannya.

Sebaliknya dengan keadaan tangannya yang mulia yang tetap memeluknya Zahir itu baginda berkata: “Siapa nak beli hamba ini? Siapa nak beli?”
Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata: “Ya Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”. Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir: “Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!”

 Musnad Ahmad

Sesungguhnya rupa paras itu tiada nilai disisi-Nya bahkan taQwalah yang menjadi sebenar-benar ukuran kemuliaan seorang hamba...(^_^)

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke barat dan ke timur itu suatu kebaikan. Melainkan kebaikan itu ialah barang siapa yang beriman kepada Allah , malaikat, kitab, dan para Nabi, dan memberikan harta yang dicintai kepada kerabat dekat, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang dalam perjalanan, dan memerdekakan budak, dan mendirikan solat, menunaikan zakat , dan menepati janji apabila berjanji, dan sabar baik dalam kesulitan, penderitaan dan peperangan, yang demikan itulah yang benar, dan yang demikian itu lah orang-orang yang bertaqwa,” (Surah al-BaQarah 2:177)


3 comments:

nabiela said...

hahahaha....comel nye nabi wat camtuh..kesian zahir...kite terbayang betapa takot nyer dier time kena peluk tuh..hahahahha....mesti dia igt penjenayah ke ape... boleh plak nabi bergurau camtuh...siap nk jual lagi...tergelak bace post neh...

hurulain said...

baginda memang comel kn?! hehe..mesti bahagia jadi orang cam Zahir,,dijamin Nabi : 'mahal harganya disisi ALLAH'

najwa said...

comel sangat kisah ni.xD