Sunday, November 18, 2012

fikir-fikirkan

Dari Aqsa Syarif

Isu Palestin:

1-Ada yang berdemo
2-Ada yang boikot
3-Ada yang bantu menyebarkan kesedaran dan kempen
4-Ada yang mengutip derma
5-Ada yang menadah tangan berdoa
6-Ada yang berkuasa, memberi ancaman dan amaran

Tapi ada juga, yang memperlekehkan semua perkara di atas. Isunya, bukan perkara apa yang dibuat, tapi bagaimana sensitifnya hati kita, tersentaknya jiwa apabila saudara kita dianiaya. Sifat 
kemanusiaan dalam hati.

Buatlah apa nak dibuat, katalah apa yang nak dikata.

Yang pasti, suatu hari nanti, bila Allah bertanya pada kita,

"Apa yang kamu buat apabila saudara seagamamu dizalimi di Palestin?"

Setiap orang ada jawapan masing-masing. Cuma fikirkan, adakah kita memang punya jawapan sebagai pembela?


Sunday, November 11, 2012

Iskandar ZulQarnain & Alexander The Great


”Sahabat-sahabat beta yang disayangi, mahu kalian mendengar nasihat beta?”

Ketiga-tiga lelaki yang rapat dengan Raja Macedonia itu termangu-mangu menantikan sambungan bicara Alexander.

“Perbanyakkan apa yang kamu beri dan kurangkan apa yang kamu ambil. Sesungguhnya, kemuliaan orang yang mulia adalah pada apa yang dia berikan. Manakala kehinaan orang yang hina itu adalah pada apa yang dia ambil.”
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Bersaksi mata bahawa Aristotle berkata kepada Alexander, “Ketika anakanda melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu itu meninggalkan bekas pada hati orang lain. Ibarat menusukkan pisau pada seseorang, lalu dicabutnya pisau tersebut. Fahamilah, tidak mengira berapa kali anakanda memohon kemaafan, luka itu akan tetap ada parutnya. Keterlukaan akibat kata-kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.” 

Lalu mahaguru bijaksana itu menambah lagi.

“Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Justeru, ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan itu kadangkala tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

“Anakanda, seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada mereka.

“Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Waspadalah anakanda. Seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita.”
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,



Begitulah sedikit cebisan mutiara diambil dari novel Alexander Agung Hijab Raja Zulqarnain. Novel pertama saya habiskan untuk semester ni. Dalam novel ini, penulis cuba membersihkan kembali tokoh Iskandar ZulQarnain. Saya begitu kagum dengan usahanya dalam menafikan tohmahan orang Barat yang mengatakan Zulqarnain adalah pemimpin yang kejam. Dari novel ini, jelas ternyata bahwa Alexander The Great dan Iskandar ZulQarnain adalah orang yang sama.

sebelum ni teringin sangat nak kenal dengan  tokoh hebat ini yang Al-Quran sendiri turut mengisahkan tentang kisah beliau dalam surah al-kahfi. Banyak je buku-buku yang mengkaji tentang beliau. Tapi novel ini meringkaskan kajian tersebut dalam bentuk cerita yang penuh pengembaraan. Penulis betul-betul berjaya buat saya jatuh hati dengan watak Iskandar ZulQarnain,,^_^,,

pada sape-sape yang teringin nak kenal dengan Alexander The Great. Saya galakkan bacalah novel ni, sebab ianya bukan bacaan biasa tetapi sebuah kisah yang penuh pengembaraan :) 

mesej saya pada penulis Web Sutera turut menjadi antara testimoni positif yang turut dipaparkan dalam blog beliau  àWeb Sutera




Friday, October 19, 2012

pesan umi

Umi cakap,,,

’’ Jangan belajar dengan rasa yang terpaksa, tapi cuba tanam dalam diri yang ‘aku memang nak tahu tentang semua tu’. InsyaAllah, takkan ada perasaan tertekan.”

Belajar makin lama memang takde yang makin mudah dan senang. Semuanya makin mencabar.

Kadang-kadang rasa cam nak give up pun ada,,sebab rasa dah tak terdaya.

But one thing, bila kita cuba belajar untuk suka akan sesuatu tu, we will treasure every single thing about them, isn’t it? Tak kira betapa banyak and susah sekalipun.    

And the same goes to our situation here.

Jadi, belajarlah mencintai ilmu.

Dan jangan pandang belajar itu sebagai satu tanggungjawab yang membeban, tapi anggap saja ianya satu pengembaraan yang penuh dengan 1001 wonders. J




ralat: tak suka bila kau lemah semangat. sebab aku takut kalau2 aku jadi lemah jugak, be strong okay! ;)


Tuesday, October 2, 2012

"Men are from Makkah, Women are from Medina"

A talk by Dr Harlina Halizah Siraj..

Mekka is a hard, dry land – Much like this, men are generally dry and don’t know how to cry. If they do, they don’t want to show it and instead keep all the pain within them under the guise of masculinity.

Medina is soft, with water flowing beneath it and the rain is consistent throughout its seasons – Which reflects women who can easily cry and they’re not scared to show their emotions. In fact, under the guise of femininity they display their emotions regularly.

Mekka has a harsh climate; it’s rough and known to be a mountainous area – Men’s beauty lies in their masculinity, power strength and ruggedness. This is what makes them attractive and allows them to lead effectively.

Medina is lush, full of splendour and serenity – Women are known to be peaceful, full of serenity and their femininity makes them beautiful.

Mekka’s main emotion is `izzah, they are full of honour and will do anything to protect it. They like to be respected and acknowledged, this is what motivates them to excel as individuals.

Medina is full of sukoon, the people are known for their softness. Women are generally more loving and caring; they’re soft by nature and will generally give more than they receive.

Differences in Qur’anic verses

Mekkan (Makiyyah) verses are short, straight to the point and general.

Medinan (Madaniyyah) verses are long, detailed and at times they keep going on, and on.


[credit to aisyah shakirah]

Friday, August 17, 2012

Penangan reunion



Dah lama tak dengar tazkirah ustaz Yahya.

Malam tu, sebagai memulakan bicara,ustaz mulakan tazkirahnya dengan sebuah kisah berkenaan bulan ramadhan..

“Pada suatu ketika, Rasulullah sedang menaiki mimbar ingin memberi khutbah kepada para sahabat. Semasa menaiki mimbar, kedengaran Rasulullah menyebut, ‘Amin…Amin…Amin’ . Lalu sahabat pun bertanya tentang perkara itu. Dan Rasulullah menjawab bahawa baginda mengaminkan 3 doa malaikat Jibril iaitu :

1-      umatmu amatlah rugi bila mereka tidak merasa apa-apa bila menjelangnya Ramadahan apatah lagi bila ia berlalu pergi
2-      umatmu amatlah rugi bila kedengaran nama Rasulullah disebut, mereka amat kedekut untuk berselawat.
3-      Dan mereka amatlah rugi jika membiarkan ibu bapa yang uzur bersendirian di bulan Ramadhan.


Rindu sangat dengan ustaz dan ustazah. Dulu, hampir setiap hari ada saja pesanan, teguran dan tazkirah di musolla. Hati selalu hidup dan subur berada di bumi karamah itu.

Biahnya yang indah, guru-guru yang tak pernah kenal erti jemu dengan kedegilan pelajar, kawan-kawan yang turut sama mencorakkan kehidupan seharian dan segala sesuatu yang ada disitu. Semuanya menyumbang membentuk diri ini.

ustaz hidayat


Jujurnya, memang sangat rindu nak balik sekolah. Dulu, tak sabar nak keluar nak habiskan sekolah sebab terikat dengan macam-macam peraturan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tapi, sekarang baru nampak peraturan-peraturan itu yang membentuk benteng pertahanan diri dan seterusnya menjadi perisai kepada diri daripada perkara-perkara yang tak sepatutnya.  

“Nanti kamu akan rindu nak balik sini”. Heh, memang betul cakap ustazah.

Kehidupan luar begitu mencabar waima duduk dalam universiti Islam sekalipun. Takkan ada lagi dah orang yang nak brainwash, nak marah-marah demi kebaikan, takde lagi dah orang yang denda kalau bangun subuh lewat, dan takde lagi dah orang yang boleh tunjuk mana yang betul, mana yang salah. Diri sendiri kena pandai survive dan justify sendiri mana yang baik dan mana yang tak….Dan saya rasa diri saya sedang jatuh merudum L

Pesanan terakhir ustaz Yahya; "Walau dibumi mana pun kamu berada.. 
1- jaga solat 5 waktu  
2- seboleh-bolehnya,carilah sahabat yang berfikrah Islam dalam hidupnya. "

Dulu…
Hati tak pernah kenal erti membenci
Tak pernah kenal erti cemburu dan dengki
Tapi mungkin dek kerana hanyut dengan nikmat yang Allah bagi
Hati pun menjadi makin gelap dinodai dosa
Maka jadilah hati itu gersang dengan kebenaran dan kebaikan.
Aku ingin menjadi seperti yang dulu
Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk membaiki diri
Menjdi lebih baik dari hari-hari yang semalam.


Wednesday, August 15, 2012

August 11th

*ihsan gambar: Facebook Liyana Latep


Izati : Dey, betul ke nak masuk ni?

Saya : Hmm..betulla. Dah jauh-jauh datang takkan nak balik pulak..

Akhirnya, menapak jua masuk melepasi pagar sekolah.

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ). Itulah nama sekolah menengah saya J. Lokasi : *pusing-pusing je keliling masjid negeri, nanti mesti jumpa sebuah sekolah yang tersergam indah :P

It has been ages since my last visit. Dah lamaaaaa sangat tak jumpa cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Malu. Segan. Takut. Semua ada,macam nak pergi jumpa interviewer pun ada. :D

Sesampai je kami berdua disambut oleh fitrah, aina nazira dan liyana safira. Diorang MT, tengah buat preparation bawah garaj. Kalau ikut tentatif, majlis sepatutnya mula pukul 2. Masa tu dah pukul 2 lebih..macam takde orang je. Dalam pukul 3 lebih camtu,baru mula  ramai yang datang.

Petang tu, ada main game sikit. ‘Game Saham’ katanya. Just enjoy the game, dude! Haha, tak main sangat. Banyak berborak je. Yela, kan dah lama tak jumpa. Kawan-kawan belajar oversea pun ramai yang balik, merancakkan lagi suasana.

selepas main 'game saham'


Ohh, lupa nak bagitau. Reunion kali ni adalah gabungan batch kitorang iaitu batch SPM’08 dengan batch junior SPM’09. Masa mula-mula nak merangka event ni, bergaduh jugak la haa. Tak nak gabung la, nak privasi la, macam-macam. Tapi gaduh dalam persidangan laman muka buku je.

 Sebab mula-mula ingatkan kitorang2 je. Pastu, last2 bagi jugak peluang adik- adik tu reunion sekali. Lagipun, batch tu bukan jauh sangat. Adik yang paling dekat tahunnya,setahun je beza. Ehee. Tapi bagus jugak sebab diorang meramaikan dan memeriahkan majlis masa hari berkenaan.

Majlis rasmi bermula dalam pukul 7, ada ucapan sikit dari pengarah program, pengerusi alumni dan YDP PIBG. Lepas azan maghrib berkumandang, kami berbuka dulu yang ringan, kurma dengan air mineral. Dan setelah selesai solat maghrib berjemaah baru berbuka di dewan makan ataupun bahasa asramanya, DM (dah lama tak sebut perkataan tu, D-M)

di Dewan Makan

dari kiri: ustazah zawiyah (ajar BAT),teacher mazwin (ajar BI),
cikgu munirah (ajar Maths), cikgu Zunaidah (ajar BIO) 

Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan solat Tarawih berjemaah. Tarawih buat 8 rakaat, tapi lepas 4 rakaat stop kejap, dengar tazkirah ringkas dari ustaz Yahya. Ya Allah rindu sangat dengan ustaz, rindu nak dengar butiran2 mutiara hikmat dari beliau. Mukanya dari dulu sampai sekarang jernih je dan suka tersenyum. Ustaz yang kelakar dan tegas tetapi juga lemah lembut dengan anak muridnya.



Lepas habis tarawih, ada moreh sikit dan majlis pun berakhir. Tapi saya dan kawan-kawan tak sempat nak bermoreh sebab nak berkejar ke dataran shah alam. Kebetulan,hari itu adalah hari belia anjuran kerajaan negeri Selangor. Dan malam tu ada program sembang santai Ustaz Azhar Idrus dengan beberapa selebriti. Kami pun taknak la melepaskan peluang nak dengar secara live.

di dataran Shah Alam

Ramai sangat orang dan ada juga yang bawa seluruh ahli keluarganya berkelah kat padang tu. Subhanallah, sungguh hebat fenomena ustaz azhar. Walau apa pun, tazkirah ustaz Yahya tetap menang di hati dan ingatan sebab bukan selalu dapat dengar tazkirah dari beliau J

ustaz Yahya :)


Sungguh barakah bumi shah alam. Masjid negeri selalu hidup,diramaikan oleh penduduknya. Qiamulail pun penuh sangat melimpah-limpah memenuhi ruang masjid. Masjid tu kawan baik kitorang dulu. kalau ada pape event mesti sekolah kitorang dijemput. Ohh seriously rindu dengan zaman sekolah.

pemandangan dari puncak Dewan Makan


Malam tu saya dengan zati ambil peluang stay kt masjid negeri yang penuh karamah itu. Sebab esok paginya ada kuliah subuh dari ustaz azhar idrus :D

ole-ole balik umah :D


Harap-harap ada lagi reunion untuk tahun-tahun akan datang. InsyaALLAH ,,^_^,,

Thursday, July 26, 2012

Coretan buat pembaca..


Saya perlu memberitahu kalian…

Ini blog persendirian..

Kadang-kadang ada cerita..
Kadang-kadang ada pengalaman..
Kadang-kadang ada pesanan..
Kadang-kadang ada luahan..

Tapi segala coretan disini tidak pernah berniat untuk melukakan jiwa mahupun ingin membanding-bandingkan dengan sesiapa.

BUKAN juga untuk menunjuk-nunjuk.

Ianya cacatan penceritaan monolog dalaman yang kadang-kadang tak mampu untuk diluahkan secara lafaz.

Saya bukan orang yang bijak berkata-kata dan pandai bercerita tapi saya SUKA nak bercerita…tapi kadang-kadang saya tak reti bercerita dengan bercakap..dan sebab tu saya lebih prefer menulis untuk bercerita  *walaupun kadang-kadang menulis pun sama je failed jugak  =,=

Jadi..diri ini ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada entri-entri daripada blog ini yang melukakan dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari kalian.

Semoga pada bulan yang penuh barakah ini, kita sama-sama berusaha memperbaiki kekurangan diri,,^_^,,