Sunday, November 18, 2012

fikir-fikirkan

Dari Aqsa Syarif

Isu Palestin:

1-Ada yang berdemo
2-Ada yang boikot
3-Ada yang bantu menyebarkan kesedaran dan kempen
4-Ada yang mengutip derma
5-Ada yang menadah tangan berdoa
6-Ada yang berkuasa, memberi ancaman dan amaran

Tapi ada juga, yang memperlekehkan semua perkara di atas. Isunya, bukan perkara apa yang dibuat, tapi bagaimana sensitifnya hati kita, tersentaknya jiwa apabila saudara kita dianiaya. Sifat 
kemanusiaan dalam hati.

Buatlah apa nak dibuat, katalah apa yang nak dikata.

Yang pasti, suatu hari nanti, bila Allah bertanya pada kita,

"Apa yang kamu buat apabila saudara seagamamu dizalimi di Palestin?"

Setiap orang ada jawapan masing-masing. Cuma fikirkan, adakah kita memang punya jawapan sebagai pembela?


Sunday, November 11, 2012

Iskandar ZulQarnain & Alexander The Great


”Sahabat-sahabat beta yang disayangi, mahu kalian mendengar nasihat beta?”

Ketiga-tiga lelaki yang rapat dengan Raja Macedonia itu termangu-mangu menantikan sambungan bicara Alexander.

“Perbanyakkan apa yang kamu beri dan kurangkan apa yang kamu ambil. Sesungguhnya, kemuliaan orang yang mulia adalah pada apa yang dia berikan. Manakala kehinaan orang yang hina itu adalah pada apa yang dia ambil.”
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Bersaksi mata bahawa Aristotle berkata kepada Alexander, “Ketika anakanda melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu itu meninggalkan bekas pada hati orang lain. Ibarat menusukkan pisau pada seseorang, lalu dicabutnya pisau tersebut. Fahamilah, tidak mengira berapa kali anakanda memohon kemaafan, luka itu akan tetap ada parutnya. Keterlukaan akibat kata-kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.” 

Lalu mahaguru bijaksana itu menambah lagi.

“Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Justeru, ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan itu kadangkala tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

“Anakanda, seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada mereka.

“Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Waspadalah anakanda. Seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita.”
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,



Begitulah sedikit cebisan mutiara diambil dari novel Alexander Agung Hijab Raja Zulqarnain. Novel pertama saya habiskan untuk semester ni. Dalam novel ini, penulis cuba membersihkan kembali tokoh Iskandar ZulQarnain. Saya begitu kagum dengan usahanya dalam menafikan tohmahan orang Barat yang mengatakan Zulqarnain adalah pemimpin yang kejam. Dari novel ini, jelas ternyata bahwa Alexander The Great dan Iskandar ZulQarnain adalah orang yang sama.

sebelum ni teringin sangat nak kenal dengan  tokoh hebat ini yang Al-Quran sendiri turut mengisahkan tentang kisah beliau dalam surah al-kahfi. Banyak je buku-buku yang mengkaji tentang beliau. Tapi novel ini meringkaskan kajian tersebut dalam bentuk cerita yang penuh pengembaraan. Penulis betul-betul berjaya buat saya jatuh hati dengan watak Iskandar ZulQarnain,,^_^,,

pada sape-sape yang teringin nak kenal dengan Alexander The Great. Saya galakkan bacalah novel ni, sebab ianya bukan bacaan biasa tetapi sebuah kisah yang penuh pengembaraan :) 

mesej saya pada penulis Web Sutera turut menjadi antara testimoni positif yang turut dipaparkan dalam blog beliau  àWeb Sutera