”Sahabat-sahabat
beta yang disayangi, mahu kalian mendengar nasihat beta?”
Ketiga-tiga lelaki yang rapat dengan Raja Macedonia itu termangu-mangu menantikan sambungan bicara Alexander.
“Perbanyakkan apa yang kamu beri dan kurangkan apa yang
kamu ambil. Sesungguhnya, kemuliaan orang yang mulia adalah pada apa yang dia
berikan. Manakala kehinaan orang yang hina itu adalah pada apa yang dia ambil.”
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Bersaksi mata bahawa Aristotle berkata kepada Alexander,
“Ketika anakanda melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu itu
meninggalkan bekas pada hati orang lain. Ibarat menusukkan pisau pada
seseorang, lalu dicabutnya pisau tersebut. Fahamilah, tidak mengira berapa kali
anakanda memohon kemaafan, luka itu akan tetap ada parutnya. Keterlukaan akibat
kata-kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.”
Lalu mahaguru bijaksana itu menambah lagi.
Lalu mahaguru bijaksana itu menambah lagi.
“Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan
apa yang tidak kita inginkan. Justeru, ketika kita mendapatkan apa yang kita
inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan itu kadangkala tidak
dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
“Anakanda, seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan
secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan
walau sezarah kesusahan kepada mereka.
“Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain
dibukakan. Waspadalah anakanda. Seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu
yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita.”
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Begitulah sedikit cebisan mutiara diambil dari novel
Alexander Agung Hijab Raja Zulqarnain. Novel pertama saya habiskan untuk
semester ni. Dalam novel ini, penulis cuba membersihkan kembali tokoh Iskandar
ZulQarnain. Saya begitu kagum dengan usahanya dalam menafikan tohmahan orang
Barat yang mengatakan Zulqarnain adalah pemimpin yang kejam. Dari novel ini,
jelas ternyata bahwa Alexander The Great dan Iskandar ZulQarnain adalah orang
yang sama.
sebelum ni teringin sangat nak kenal dengan tokoh hebat ini yang Al-Quran sendiri turut mengisahkan
tentang kisah beliau dalam surah al-kahfi. Banyak je buku-buku yang mengkaji
tentang beliau. Tapi novel ini meringkaskan kajian tersebut dalam bentuk cerita
yang penuh pengembaraan. Penulis betul-betul berjaya buat saya jatuh hati
dengan watak Iskandar ZulQarnain,,^_^,,
pada sape-sape yang teringin nak kenal dengan Alexander
The Great. Saya galakkan bacalah novel ni, sebab ianya bukan bacaan biasa
tetapi sebuah kisah yang penuh pengembaraan :)
mesej saya pada penulis Web Sutera turut menjadi antara testimoni positif yang turut dipaparkan dalam blog beliau àWeb Sutera
No comments:
Post a Comment