Monday, November 28, 2011

untukmu sahabatku...

Maafkanku sahabat
Bukan niatku melukaimu
Aku insan tak sempurna
Tak lari dari kesilapan dan kesalahan

Kutahu berterus terang adalah satu perkara yang amat sukar buatmu
Kerna kau khuatir kau melukakanku
Tapi hakikatnya itulah yang amat aku perlukan darimu sahabat



Manusia itu berubah
Dan aku tak sedar sehinggalah kau memberitahu
Padaku perihal sebenar
Dulunya perkara itu kelihatan sangat janggal bagiku
Tapi kini ia umpama tabiat yang amat sukar tuk dibuangkan

Sahabat,aku perlukanmu kerna kau cerminku
Tegurlah aku apa yang aku silap
Betulkan aku sebelum terlambat
Jangan kau risaukan kalau-kalau aku terluka

Ya,mungkin aku akan terluka
Tapi biarlah pedih sakitnya kurasakan sekarang
Bukan nanti dimana aku tidak boleh lagi diselamatkan

Duhai sahabat,
Sungguh aku beruntung punyai kamu
Berjanjilah bahawa kau takkan meninggalkanku sendirian




Thursday, September 8, 2011

eau de toilette and the LiQuor



Perfumes and alcoholic drinks.

My friends and I ever talked about whether perfumes with alcohol are permissible to use during solat or not. Then they said that,”mestilah tak boleh kan, dah ada alcohol dalam perfume tu..”

And I tried to give my point that it is permissible for us to use perfumes with alcohol during solat coz I had read about it from the Solusi.

Well,cam biasa. My words are rare to be heard.ha-ha. Maybe I wasn’t sound confident to speak out my point,anyway.



So, here is the use of having blog, isn’t it??

To write words that people sometimes are not keen to listen to.

Here, I give you the pieces that taken from the Solusi-isu perdana.

“ Soalan : adakah minyak wangi beralkohol najis? Saya terbaca pelbagai pendapat tentang penggunaan minyak wangi yang beralkohol, ada yang kata haram kerana ia memabukkan, ada pula yang kata ia bukan najis. Yang mana satu yang betul?   –Suhaimi Mohd Yatim-

Jawapan :
Sebelum menjawab soalan ini, adalah lebih baik jika diterangkan secara ringkas apa itu alcohol yang digunakan di dalam minyak wangi dan yang dicampurkan dengan arak.

Alkohol terhasil daripada proses tindakan kimia biji-bijian dan kayu-kayuan. Alcohol yang dihasilkan daripada biji-bijian ini yang dinamakan sebagai ‘alcohol ethyl’ atau ‘ethanol’. Sementara alcohol yang terbentuk daripada kayu-kayuan pula disebut sebagai ‘methyl’ atau ‘methanol’.

Ethyl alcohol yang dihasilkan daripada biji-bijian yang diperam cecairnya sehingga menjadi bir atau wain digunakan untuk minuman, bahan bakar yang mesra alam dan juga sebagai pengawet ubat-ubatan.



Alkohol yang dicampurkan ke dalam minyak wangi untuk menyemarakkan harumannya bukan jenis ethanol sama yang digunakan di dalam arak. Sebaliknya ia menggunakan ‘absolute ethanol’ yang merupakan alkohol yang hanya mencampurkan sedikit air dan bahan lain. Oleh itu, kesannya juga berbeza dengan arak, dan tidak lagi dinamakan sebagai arak. Malah alkohol jenis ini jika dimakan tidak akan menyebabkan peminumnya mabuk, sebaliknya mati!

Berdasarkan penjelasan diatas, ternyata minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak najis dan boleh digunakan ketika bersolat. Ini juga adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa al-Azhar. Begitu juga pendapat Sheikh Sya’rawi dalam bukunya Anta Tas’al Wa Islam Tujib (Anda Bertanya & Islam Menjawab) bahawa minyak wangi yang menggunakan alkohol tidak najis. “



Apart from this info taken from the Solusi magazine, I watched Ejen Halal, Tv al-Hijrah channel. At that moment they talked about alcoholic drinks.

The same question asked to the JAKIM, whether this perfumes with alcohol are permissible or not. And then, the JAKIM officer replied, “ boleh digunakan sebab pembuatan minyak wangi tidak melalui proses penapaian sebagaimana arak dibuat”

So, I think it’s pretty clear here that it is permissible for us to use perfumes with alcohol. J
Enchanteur Paris, Chanel, Spice or Cool, Dashing, Downy?? lol


Selamat-berminyak-wangi!!! (>_<)

Thursday, July 14, 2011

Gurauan Kekasih


Anas r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki badwi bernama Zahir, seorang yang buruk rupa parasnya tetapi sangat mulia akhlaknya serta sangat dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.

Sekiranya Zahir datang ke Madinah, beliau akan menghadiahkan Rasulullah s.a.w. barang-barang yang dibawa dari kampungnya. Apabila dia hendak pulang, Rasulullah s.a.w. akan membekalkan barang-barang keperluannya pula sambil baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Zahir orang kampung kita dan kita orang kotanya.”

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi ke tempatnya. Ketika itu dia sedang menjalankan urusan perniagaannya. Dengan perlahan-lahan Rasulullah s.a.w. datang dari belakang dan memeluknya kuat-kuat. Dia tidak menyedari bahawa yang memeluknya itu adalah Rasulullah s.a.w. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.

Rasulullah s.a.w. membiarkan saja Zahir meronta-meronta sehinggalah Zahir menoleh ke belakang dan didapati yang memeluknya itu adalah kekasihnya, Rasulullah s.a.w. Maka dengan bahagianya dia membiarkan belakangnya tersandar di dada Baginda.
Rasulullah s.a.w. masih tidak melepaskan pelukannya.

Sebaliknya dengan keadaan tangannya yang mulia yang tetap memeluknya Zahir itu baginda berkata: “Siapa nak beli hamba ini? Siapa nak beli?”
Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata: “Ya Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”. Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir: “Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!”

 Musnad Ahmad

Sesungguhnya rupa paras itu tiada nilai disisi-Nya bahkan taQwalah yang menjadi sebenar-benar ukuran kemuliaan seorang hamba...(^_^)

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke barat dan ke timur itu suatu kebaikan. Melainkan kebaikan itu ialah barang siapa yang beriman kepada Allah , malaikat, kitab, dan para Nabi, dan memberikan harta yang dicintai kepada kerabat dekat, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang dalam perjalanan, dan memerdekakan budak, dan mendirikan solat, menunaikan zakat , dan menepati janji apabila berjanji, dan sabar baik dalam kesulitan, penderitaan dan peperangan, yang demikan itulah yang benar, dan yang demikian itu lah orang-orang yang bertaqwa,” (Surah al-BaQarah 2:177)


Sunday, May 22, 2011

aku rindu...


Aku rindu
Ya ALLAH, sungguh
Sungguh aku merindui-Mu
“telah lama cinta terbiar...dari cinta yang suci”
Kasihnya aku pada manusia
Membuat aku lalai dari mengingati-Mu

Aku rindu dengan­-Mu
Rindu yang teramat sangat
Rindu untuk bermunajat dengan-Mu
Rindu untuk mengalunkan zikir pada-Mu
Oh,indahnya saat itu

Hatiku terkalih seketika
Terkalih pada kasihnya manusia
Namun, kasihnya manusia itu
Tak dapat aku pastikan hujung kesudahannnya

Dan kini aku ingin kembali
Kembali merebut cinta-Mu
Tiada kasih yang lebih tulus melainkan kasih-Mu
Tiada rindu yang lebih indah melainkan merindui-Mu

Sekali dialunkan zikir
Jiwaku meronta-ronta
Agar lidahku terus berzikir tanpa henti
Kerana rinduku pada-Mu
Umpama seorang kekasih kembali ke pangkuan
Buah hatinya yang tercinta
Ingin diluah segala rasa dan rindu padanya
Tanpa menghirau detik yang berlalu sebarang ketika…



Saturday, January 15, 2011

Tips Pelajar Cemerlang

Pesanan Ahli Sufi…

Solat fardhu pada  awal waktu kerana amalan paling mulia ialah solat pd waktunya

Matlamat belajar adalah utk mencari cinta Ilahi



Kejayaan hanya alat

Belajar bukan utk kehebatan diri tapi membaiki diri

Ilmu yg diperolehi utk menyuluh diri bukan utk menyuluh org lain

Kejayaan yg diperolehi bukan milik diri tapi milik ilahi dan didatangkan hanya sbagi pinjaman



Redha dgn kegagalan yg dberikn kerana hanya DIA yg layak memberikan apa yg patut kita terima

Jadikan tahajjud amalan harian



Dapatkan keberkatan doa dari org2 soleh dan bertaQwa

Usaha dan  taQwa, kerana disitu ada janji-Nya


Bila kita mahukan  pelangi maka bersabarlah dgn kehadiran hujan J