Maafkanku
sahabat
Bukan
niatku melukaimu
Aku
insan tak sempurna
Tak
lari dari kesilapan dan kesalahan
Kutahu
berterus terang adalah satu perkara yang amat sukar buatmu
Kerna
kau khuatir kau melukakanku
Tapi
hakikatnya itulah yang amat aku perlukan darimu sahabat
Manusia
itu berubah
Dan
aku tak sedar sehinggalah kau memberitahu
Padaku
perihal sebenar
Dulunya
perkara itu kelihatan sangat janggal bagiku
Tapi
kini ia umpama tabiat yang amat sukar tuk dibuangkan
Sahabat,aku
perlukanmu kerna kau cerminku
Tegurlah
aku apa yang aku silap
Betulkan
aku sebelum terlambat
Jangan
kau risaukan kalau-kalau aku terluka
Ya,mungkin
aku akan terluka
Tapi
biarlah pedih sakitnya kurasakan sekarang
Bukan
nanti dimana aku tidak boleh lagi diselamatkan
Duhai
sahabat,
Sungguh
aku beruntung punyai kamu
Berjanjilah
bahawa kau takkan meninggalkanku sendirian