Monday, November 28, 2011

untukmu sahabatku...

Maafkanku sahabat
Bukan niatku melukaimu
Aku insan tak sempurna
Tak lari dari kesilapan dan kesalahan

Kutahu berterus terang adalah satu perkara yang amat sukar buatmu
Kerna kau khuatir kau melukakanku
Tapi hakikatnya itulah yang amat aku perlukan darimu sahabat



Manusia itu berubah
Dan aku tak sedar sehinggalah kau memberitahu
Padaku perihal sebenar
Dulunya perkara itu kelihatan sangat janggal bagiku
Tapi kini ia umpama tabiat yang amat sukar tuk dibuangkan

Sahabat,aku perlukanmu kerna kau cerminku
Tegurlah aku apa yang aku silap
Betulkan aku sebelum terlambat
Jangan kau risaukan kalau-kalau aku terluka

Ya,mungkin aku akan terluka
Tapi biarlah pedih sakitnya kurasakan sekarang
Bukan nanti dimana aku tidak boleh lagi diselamatkan

Duhai sahabat,
Sungguh aku beruntung punyai kamu
Berjanjilah bahawa kau takkan meninggalkanku sendirian




2 comments:

::LiPO:: said...

lipo ziarah dayah. :) dayah buat la shoutbox.. hehe. rindu awak!

hurulain said...

@wani : shoutbox kte ad je kt tepi kanan belah atas,,hehe,,,kte pn rindu ngan wani,,huk3