Love is where the heart is and feel belong to. The journey of soul-searching. And passion.
Tuesday, March 26, 2013
Sunday, November 18, 2012
fikir-fikirkan
Dari Aqsa Syarif
Isu Palestin:
1-Ada yang berdemo
2-Ada yang boikot
3-Ada yang bantu menyebarkan kesedaran dan kempen
4-Ada yang mengutip derma
5-Ada yang menadah tangan berdoa
6-Ada yang berkuasa, memberi ancaman dan amaran
Tapi ada juga, yang memperlekehkan semua perkara di atas. Isunya, bukan perkara apa yang dibuat, tapi bagaimana sensitifnya hati kita, tersentaknya jiwa apabila saudara kita dianiaya. Sifat
Isu Palestin:
1-Ada yang berdemo
2-Ada yang boikot
3-Ada yang bantu menyebarkan kesedaran dan kempen
4-Ada yang mengutip derma
5-Ada yang menadah tangan berdoa
6-Ada yang berkuasa, memberi ancaman dan amaran
Tapi ada juga, yang memperlekehkan semua perkara di atas. Isunya, bukan perkara apa yang dibuat, tapi bagaimana sensitifnya hati kita, tersentaknya jiwa apabila saudara kita dianiaya. Sifat
kemanusiaan dalam hati.
Buatlah apa nak dibuat, katalah apa yang nak dikata.
Yang pasti, suatu hari nanti, bila Allah bertanya pada kita,
"Apa yang kamu buat apabila saudara seagamamu dizalimi di Palestin?"
Setiap orang ada jawapan masing-masing. Cuma fikirkan, adakah kita memang punya jawapan sebagai pembela?
Buatlah apa nak dibuat, katalah apa yang nak dikata.
Yang pasti, suatu hari nanti, bila Allah bertanya pada kita,
"Apa yang kamu buat apabila saudara seagamamu dizalimi di Palestin?"
Setiap orang ada jawapan masing-masing. Cuma fikirkan, adakah kita memang punya jawapan sebagai pembela?

Sunday, November 11, 2012
Iskandar ZulQarnain & Alexander The Great
”Sahabat-sahabat
beta yang disayangi, mahu kalian mendengar nasihat beta?”
Ketiga-tiga lelaki yang rapat dengan Raja Macedonia itu termangu-mangu menantikan sambungan bicara Alexander.
“Perbanyakkan apa yang kamu beri dan kurangkan apa yang
kamu ambil. Sesungguhnya, kemuliaan orang yang mulia adalah pada apa yang dia
berikan. Manakala kehinaan orang yang hina itu adalah pada apa yang dia ambil.”
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Bersaksi mata bahawa Aristotle berkata kepada Alexander,
“Ketika anakanda melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu itu
meninggalkan bekas pada hati orang lain. Ibarat menusukkan pisau pada
seseorang, lalu dicabutnya pisau tersebut. Fahamilah, tidak mengira berapa kali
anakanda memohon kemaafan, luka itu akan tetap ada parutnya. Keterlukaan akibat
kata-kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.”
Lalu mahaguru bijaksana itu menambah lagi.
Lalu mahaguru bijaksana itu menambah lagi.
“Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan
apa yang tidak kita inginkan. Justeru, ketika kita mendapatkan apa yang kita
inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan itu kadangkala tidak
dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
“Anakanda, seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan
secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan
walau sezarah kesusahan kepada mereka.
“Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain
dibukakan. Waspadalah anakanda. Seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu
yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita.”
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Begitulah sedikit cebisan mutiara diambil dari novel
Alexander Agung Hijab Raja Zulqarnain. Novel pertama saya habiskan untuk
semester ni. Dalam novel ini, penulis cuba membersihkan kembali tokoh Iskandar
ZulQarnain. Saya begitu kagum dengan usahanya dalam menafikan tohmahan orang
Barat yang mengatakan Zulqarnain adalah pemimpin yang kejam. Dari novel ini,
jelas ternyata bahwa Alexander The Great dan Iskandar ZulQarnain adalah orang
yang sama.
sebelum ni teringin sangat nak kenal dengan tokoh hebat ini yang Al-Quran sendiri turut mengisahkan
tentang kisah beliau dalam surah al-kahfi. Banyak je buku-buku yang mengkaji
tentang beliau. Tapi novel ini meringkaskan kajian tersebut dalam bentuk cerita
yang penuh pengembaraan. Penulis betul-betul berjaya buat saya jatuh hati
dengan watak Iskandar ZulQarnain,,^_^,,
pada sape-sape yang teringin nak kenal dengan Alexander
The Great. Saya galakkan bacalah novel ni, sebab ianya bukan bacaan biasa
tetapi sebuah kisah yang penuh pengembaraan :)
mesej saya pada penulis Web Sutera turut menjadi antara testimoni positif yang turut dipaparkan dalam blog beliau àWeb Sutera
Friday, October 19, 2012
pesan umi
Umi
cakap,,,
’’ Jangan belajar dengan rasa yang
terpaksa, tapi cuba tanam dalam diri yang ‘aku memang nak tahu tentang semua tu’.
InsyaAllah, takkan ada perasaan tertekan.”
Belajar
makin lama memang takde yang makin mudah dan senang. Semuanya makin mencabar.
Kadang-kadang
rasa cam nak give up pun ada,,sebab rasa dah tak terdaya.
But
one thing, bila kita cuba belajar untuk suka akan sesuatu tu, we will treasure
every single thing about them, isn’t it? Tak kira betapa banyak and susah
sekalipun.
And the same goes to our situation here.
Jadi, belajarlah mencintai ilmu.
Dan jangan pandang belajar itu
sebagai satu tanggungjawab yang membeban, tapi anggap saja ianya satu
pengembaraan yang penuh dengan 1001 wonders. J
Tuesday, October 2, 2012
"Men are from Makkah, Women are from Medina"
A talk by Dr Harlina Halizah Siraj..
Mekka is a hard, dry land – Much like this, men are generally dry and don’t know how to cry. If they do, they don’t want to show it and instead keep all the pain within them under the guise of masculinity.
Medina is soft, with water flowing beneath it and the rain is consistent throughout its seasons – Which reflects women who can easily cry and they’re not scared to show their emotions. In fact, under the guise of femininity they display their emotions regularly.
Mekka has a harsh climate; it’s rough and known to be a mountainous area – Men’s beauty lies in their masculinity, power strength and ruggedness. This is what makes them attractive and allows them to lead effectively.
Medina is lush, full of splendour and serenity – Women are known to be peaceful, full of serenity and their femininity makes them beautiful.
Mekka’s main emotion is `izzah, they are full of honour and will do anything to protect it. They like to be respected and acknowledged, this is what motivates them to excel as individuals.
Medina is full of sukoon, the people are known for their softness. Women are generally more loving and caring; they’re soft by nature and will generally give more than they receive.
Differences in Qur’anic verses
Mekkan (Makiyyah) verses are short, straight to the point and general.
Medinan (Madaniyyah) verses are long, detailed and at times they keep going on, and on.
Mekka is a hard, dry land – Much like this, men are generally dry and don’t know how to cry. If they do, they don’t want to show it and instead keep all the pain within them under the guise of masculinity.
Medina is soft, with water flowing beneath it and the rain is consistent throughout its seasons – Which reflects women who can easily cry and they’re not scared to show their emotions. In fact, under the guise of femininity they display their emotions regularly.
Mekka has a harsh climate; it’s rough and known to be a mountainous area – Men’s beauty lies in their masculinity, power strength and ruggedness. This is what makes them attractive and allows them to lead effectively.
Medina is lush, full of splendour and serenity – Women are known to be peaceful, full of serenity and their femininity makes them beautiful.
Mekka’s main emotion is `izzah, they are full of honour and will do anything to protect it. They like to be respected and acknowledged, this is what motivates them to excel as individuals.
Medina is full of sukoon, the people are known for their softness. Women are generally more loving and caring; they’re soft by nature and will generally give more than they receive.
Differences in Qur’anic verses
Mekkan (Makiyyah) verses are short, straight to the point and general.
Medinan (Madaniyyah) verses are long, detailed and at times they keep going on, and on.
[credit to aisyah shakirah]
Friday, August 17, 2012
Penangan reunion
Dah lama tak dengar
tazkirah ustaz Yahya.
Malam tu, sebagai
memulakan bicara,ustaz mulakan tazkirahnya dengan sebuah kisah berkenaan bulan
ramadhan..
“Pada suatu ketika,
Rasulullah sedang menaiki mimbar ingin memberi khutbah kepada para sahabat. Semasa
menaiki mimbar, kedengaran Rasulullah menyebut, ‘Amin…Amin…Amin’ . Lalu sahabat
pun bertanya tentang perkara itu. Dan Rasulullah menjawab bahawa baginda
mengaminkan 3 doa malaikat Jibril iaitu :
1- umatmu amatlah rugi
bila mereka tidak merasa apa-apa bila menjelangnya Ramadahan apatah lagi bila
ia berlalu pergi
2- umatmu amatlah rugi
bila kedengaran nama Rasulullah disebut, mereka amat kedekut untuk berselawat.
3- Dan mereka amatlah
rugi jika membiarkan ibu bapa yang uzur bersendirian di bulan Ramadhan.
Rindu sangat dengan
ustaz dan ustazah. Dulu, hampir setiap hari ada saja pesanan, teguran dan
tazkirah di musolla. Hati selalu hidup dan subur berada di bumi karamah itu.
Biahnya yang indah,
guru-guru yang tak pernah kenal erti jemu dengan kedegilan pelajar, kawan-kawan
yang turut sama mencorakkan kehidupan seharian dan segala sesuatu yang ada
disitu. Semuanya menyumbang membentuk diri ini.
ustaz hidayat
Jujurnya, memang
sangat rindu nak balik sekolah. Dulu, tak sabar nak keluar nak habiskan sekolah
sebab terikat dengan macam-macam peraturan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tapi,
sekarang baru nampak peraturan-peraturan itu yang membentuk benteng pertahanan
diri dan seterusnya menjadi perisai kepada diri daripada perkara-perkara yang
tak sepatutnya.
“Nanti kamu akan
rindu nak balik sini”. Heh, memang betul cakap ustazah.
Kehidupan luar
begitu mencabar waima duduk dalam universiti Islam sekalipun. Takkan ada lagi
dah orang yang nak brainwash, nak marah-marah demi kebaikan, takde lagi dah orang
yang denda kalau bangun subuh lewat, dan takde lagi dah orang yang boleh tunjuk
mana yang betul, mana yang salah. Diri sendiri kena pandai survive dan justify
sendiri mana yang baik dan mana yang tak….Dan saya rasa diri saya sedang jatuh
merudum L
Pesanan terakhir
ustaz Yahya; "Walau dibumi mana pun kamu berada..
1- jaga solat 5 waktu
2- seboleh-bolehnya,carilah sahabat yang berfikrah Islam dalam hidupnya. "
1- jaga solat 5 waktu
2- seboleh-bolehnya,carilah sahabat yang berfikrah Islam dalam hidupnya. "
Dulu…
Hati tak pernah kenal erti membenci
Tak pernah kenal erti cemburu dan dengki
Tapi mungkin dek kerana hanyut dengan nikmat yang
Allah bagi
Hati pun menjadi makin gelap dinodai dosa
Maka jadilah hati itu gersang dengan kebenaran dan
kebaikan.
Aku ingin menjadi seperti yang dulu
Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk membaiki diri
Menjdi lebih baik dari hari-hari yang semalam.
Wednesday, August 15, 2012
August 11th
*ihsan gambar: Facebook Liyana Latep
Izati : Dey, betul ke nak masuk ni?
Saya : Hmm..betulla. Dah jauh-jauh datang takkan nak
balik pulak..
Akhirnya, menapak jua masuk melepasi pagar
sekolah.
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku
Ampuan Jemaah (SAMTTAJ). Itulah nama sekolah menengah saya J. Lokasi : *pusing-pusing je keliling masjid negeri, nanti mesti jumpa
sebuah sekolah yang tersergam indah :P
It has been ages since my last visit. Dah
lamaaaaa sangat tak jumpa cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Malu. Segan. Takut.
Semua ada,macam nak pergi jumpa interviewer pun ada. :D
Sesampai je kami berdua disambut oleh
fitrah, aina nazira dan liyana safira. Diorang MT, tengah buat preparation
bawah garaj. Kalau ikut tentatif, majlis sepatutnya mula pukul 2. Masa tu dah
pukul 2 lebih..macam takde orang je. Dalam pukul 3 lebih camtu,baru mula ramai yang datang.
Petang tu, ada main game sikit. ‘Game
Saham’ katanya. Just enjoy the game, dude! Haha, tak main sangat. Banyak
berborak je. Yela, kan dah lama tak jumpa. Kawan-kawan belajar oversea pun
ramai yang balik, merancakkan lagi suasana.
selepas main 'game saham'
Ohh, lupa nak bagitau. Reunion kali ni
adalah gabungan batch kitorang iaitu batch SPM’08 dengan batch junior SPM’09.
Masa mula-mula nak merangka event ni, bergaduh jugak la haa. Tak nak gabung la,
nak privasi la, macam-macam. Tapi gaduh dalam persidangan laman muka buku je.
Sebab mula-mula ingatkan kitorang2 je. Pastu,
last2 bagi jugak peluang adik- adik tu reunion sekali. Lagipun, batch tu bukan
jauh sangat. Adik yang paling dekat tahunnya,setahun je beza. Ehee. Tapi bagus
jugak sebab diorang meramaikan dan memeriahkan majlis masa hari berkenaan.
Majlis rasmi bermula dalam pukul 7, ada
ucapan sikit dari pengarah program, pengerusi alumni dan YDP PIBG. Lepas azan
maghrib berkumandang, kami berbuka dulu yang ringan, kurma dengan air mineral.
Dan setelah selesai solat maghrib berjemaah baru berbuka di dewan makan ataupun
bahasa asramanya, DM (dah lama tak sebut perkataan tu, D-M)
di Dewan Makan
dari kiri: ustazah zawiyah (ajar BAT),teacher mazwin (ajar BI),
cikgu munirah (ajar Maths), cikgu Zunaidah (ajar BIO)
Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan
solat Tarawih berjemaah. Tarawih buat 8 rakaat, tapi lepas 4 rakaat stop
kejap, dengar tazkirah ringkas dari ustaz Yahya. Ya Allah rindu sangat dengan
ustaz, rindu nak dengar butiran2 mutiara hikmat dari beliau. Mukanya dari dulu
sampai sekarang jernih je dan suka tersenyum. Ustaz yang kelakar dan tegas
tetapi juga lemah lembut dengan anak muridnya.
Lepas habis tarawih, ada moreh sikit dan
majlis pun berakhir. Tapi saya dan kawan-kawan tak sempat nak bermoreh sebab
nak berkejar ke dataran shah alam. Kebetulan,hari itu adalah hari belia anjuran
kerajaan negeri Selangor. Dan malam tu ada program sembang santai Ustaz Azhar
Idrus dengan beberapa selebriti. Kami pun taknak la melepaskan peluang nak
dengar secara live.
Ramai sangat orang dan ada juga yang bawa
seluruh ahli keluarganya berkelah kat padang tu. Subhanallah, sungguh hebat
fenomena ustaz azhar. Walau apa pun, tazkirah ustaz Yahya tetap menang di hati
dan ingatan sebab bukan selalu dapat dengar tazkirah dari beliau J
ustaz Yahya :)
Sungguh barakah bumi shah alam. Masjid
negeri selalu hidup,diramaikan oleh penduduknya. Qiamulail pun penuh sangat melimpah-limpah memenuhi ruang masjid. Masjid tu kawan baik kitorang dulu. kalau ada pape event mesti sekolah kitorang dijemput. Ohh seriously rindu dengan zaman sekolah.
pemandangan dari puncak Dewan Makan
Malam tu saya dengan zati ambil peluang stay kt masjid negeri yang penuh karamah itu. Sebab esok paginya ada kuliah subuh dari ustaz azhar idrus :D
ole-ole balik umah :D
Harap-harap ada lagi reunion untuk tahun-tahun akan datang. InsyaALLAH ,,^_^,,
Subscribe to:
Posts (Atom)











