Friday, August 17, 2012

Penangan reunion



Dah lama tak dengar tazkirah ustaz Yahya.

Malam tu, sebagai memulakan bicara,ustaz mulakan tazkirahnya dengan sebuah kisah berkenaan bulan ramadhan..

“Pada suatu ketika, Rasulullah sedang menaiki mimbar ingin memberi khutbah kepada para sahabat. Semasa menaiki mimbar, kedengaran Rasulullah menyebut, ‘Amin…Amin…Amin’ . Lalu sahabat pun bertanya tentang perkara itu. Dan Rasulullah menjawab bahawa baginda mengaminkan 3 doa malaikat Jibril iaitu :

1-      umatmu amatlah rugi bila mereka tidak merasa apa-apa bila menjelangnya Ramadahan apatah lagi bila ia berlalu pergi
2-      umatmu amatlah rugi bila kedengaran nama Rasulullah disebut, mereka amat kedekut untuk berselawat.
3-      Dan mereka amatlah rugi jika membiarkan ibu bapa yang uzur bersendirian di bulan Ramadhan.


Rindu sangat dengan ustaz dan ustazah. Dulu, hampir setiap hari ada saja pesanan, teguran dan tazkirah di musolla. Hati selalu hidup dan subur berada di bumi karamah itu.

Biahnya yang indah, guru-guru yang tak pernah kenal erti jemu dengan kedegilan pelajar, kawan-kawan yang turut sama mencorakkan kehidupan seharian dan segala sesuatu yang ada disitu. Semuanya menyumbang membentuk diri ini.

ustaz hidayat


Jujurnya, memang sangat rindu nak balik sekolah. Dulu, tak sabar nak keluar nak habiskan sekolah sebab terikat dengan macam-macam peraturan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tapi, sekarang baru nampak peraturan-peraturan itu yang membentuk benteng pertahanan diri dan seterusnya menjadi perisai kepada diri daripada perkara-perkara yang tak sepatutnya.  

“Nanti kamu akan rindu nak balik sini”. Heh, memang betul cakap ustazah.

Kehidupan luar begitu mencabar waima duduk dalam universiti Islam sekalipun. Takkan ada lagi dah orang yang nak brainwash, nak marah-marah demi kebaikan, takde lagi dah orang yang denda kalau bangun subuh lewat, dan takde lagi dah orang yang boleh tunjuk mana yang betul, mana yang salah. Diri sendiri kena pandai survive dan justify sendiri mana yang baik dan mana yang tak….Dan saya rasa diri saya sedang jatuh merudum L

Pesanan terakhir ustaz Yahya; "Walau dibumi mana pun kamu berada.. 
1- jaga solat 5 waktu  
2- seboleh-bolehnya,carilah sahabat yang berfikrah Islam dalam hidupnya. "

Dulu…
Hati tak pernah kenal erti membenci
Tak pernah kenal erti cemburu dan dengki
Tapi mungkin dek kerana hanyut dengan nikmat yang Allah bagi
Hati pun menjadi makin gelap dinodai dosa
Maka jadilah hati itu gersang dengan kebenaran dan kebaikan.
Aku ingin menjadi seperti yang dulu
Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk membaiki diri
Menjdi lebih baik dari hari-hari yang semalam.


No comments: