Nobody will understands you completely like Allah does.
Share with him. Ask Him for strength. And because He knows that you're a strong girl, He tests you with all these.
Somehow, I feel like I don't grow up as same as my age. Feeling like I'm still a kid who needs caretaker. Oh Allah, please bear with me and give me strength to face my life journey. Amin. 😌
Love is where the heart is and feel belong to. The journey of soul-searching. And passion.
Monday, March 16, 2015
Tuesday, September 2, 2014
a brand new spirit
"Senang laa..cuma akak nak nasihat dayah dah pilih jalan nie buruk baik nanti tempuh ye. Kt mana2 tempat kerja ada baik dan buruk dia. Ada suka dan duka..yang penting camne kita bawa diri kita." -kak fara-
Ya, inshaAllah akak. I'll try my best to be the best employee ever.
Tomorrow will be a brand new day at old place. That is my practical training place.
Cuma kali ni dengan azam yang baru , akan cuba bertahan dan kuat untuk mencari passion tu.
Though the circumstances might be different, because there will be no more trainee gang, I'll try my best to work in optimism and keep smiling throughout the incoming days.
May Allah ease this journey. Amin. :)
Friday, August 29, 2014
resignation
Bismillah..
Quite long time I didn't write anything here.
And suddenly the enthusiasm to blog was ignited yesterday after I resigned as a Quality Control Officer at one of the SME company here in Malaysia.
The spirit came after I realized that I need to write my experience somewhere where other people can read it and take moral values from it. Not to show off, but to ponder upon the ibrah as much as we can.
Quite long time I didn't write anything here.
And suddenly the enthusiasm to blog was ignited yesterday after I resigned as a Quality Control Officer at one of the SME company here in Malaysia.
The spirit came after I realized that I need to write my experience somewhere where other people can read it and take moral values from it. Not to show off, but to ponder upon the ibrah as much as we can.
I won't write every single details of the incidence here. But i will just point out the moral values.
1. Make friends with your officemates. Be friendly and open, though some of them might not be such an 'open' for you.
2. When you got task such as watching out foreigner doing their job, don't get scared. Have faith that Allah will protect you. Hehe. This happened to me on the very first day I came. But eventually , I get closed with them. Boleh jadi kawan rapat lagi..haha. lagi rapat dengan orang2 nepal tu berbanding officemates yg berbangsa Melayu tu.huh!
Walaupun tak lama, tapi sepanjang kerja dgn org2 nepal ni, diorang takdela teruk pn, diorang bila arahkan sekali, terus buat apa yg disuruh.diorang ok je bila kita pun baik dgn diorang. (Ok ni kt tempat tula, kat tempat lain i dont know). Cuma kena kasi tegas sikit supaya mereka tak 'pijak kepala' kita.
3. When you became a manager, please ambil berat pasal orang bawahan. Lagi2 kalau satu department tu ada 4 org je org bawahan, bukan ramai pun kan, boleh jadi family lagi. Jadi pemimpin yg prihatin bukan yang hanya tahu mengarah sana sini.
Though I was only a Qc, there was a feeling and I can say it is a dream of mine where I wanna bring those nepals and people of my department to get close to like a happy family. It just that the big barrier between us is the language spoken and some people of the department berasa diri dia tinggi sangat compare dengan pekerja production line.
When you're working happily like a family, i strongly believe segala onak duri dan cabaran akan ditempuhi bersama..dan takkan letak kata2 tersebut hanya sekadar motto company.
But unfortunately, I couldn't bear any longer working with them, so that dream terkubur camtu je.
But unfortunately, I couldn't bear any longer working with them, so that dream terkubur camtu je.
4. Some fresh grads might facing dilemmas in determining
their future careers. And I am one of
them. I’m still searching what is my strength and what do I have to give to ummah
and my country.
I wanna die by leaving something beneficial for ummah.
When you find your target, you’ll never tired working on it. I really want to live a life chasing the rewards of akhirah.
I wanna die by leaving something beneficial for ummah.
When you find your target, you’ll never tired working on it. I really want to live a life chasing the rewards of akhirah.
5. I start my journey of soul-searching by referring to my
hobby, which is reading and collecting food science books. I do not know where it will lead me to, perhaps becoming one of the academician like a lecturer? Ohh, I really don't know. I pray that
Allah will guide me through. Amin. J

Thursday, August 29, 2013
Perut itu sumber penyakit
“Dan
makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan (membazir). “
(Surah al-A’raf 7: 31)
Nabi
Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tidak
ada kantung yang dipenuhkan anak Adam yang lebih buruk daripada perut. Cukuplah
seseorang anak Adam itu makan dengan kadar beberapa suap makanan untuk
menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak dapat dielak, jadikan 1/3 (daripada
kantung perutnya) untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk
pernafasan. “ (riwayat at-Tarmizi)
“Sentosanya tubuh itu
adalah apabila mengurangkan makanan, dan sentosanya jiwa pada mengurangkan dosa
dan sentosanya lidah itu adalah kurang bercakap.” (Tsabit bin Qurrah)
“ Sesiapa yang dapat
menjaga perutnya, nescaya ia akan dapat menjaga agamanya. Sesiapa yang mampu
berlapar, nescaya ia memiliki akhlak-akhlak yang soleh. Sesunggunya maksiat
jauh daripada orang yang lapar dan hampir dengan orang yang kenyang.” (Ibrahim
bin Adham)
“Jangnlah kamu makan banyak
kerana nanti kamu akan minum banyak, lalu tidur kamu pun banyak dan akhirnya
kerugian kamu pun banyak juga.” _Seorang Soleh_
Antara sunnah amalan
pemakanan Nabi Muhammad s.a.w:
1- Hanya
menikmati makanan yang halal.
2- Memulai
makan dengan Basmalah.
3- Mengakhiri
makan dengan Alhamdulillah
4- Makan
dengan kadar sederhana sahaja (tidak berlebihan).
5- Makan
secara berjemaah
6- Tidak
bernafas di dalam gelas minuman.
Sunday, August 25, 2013
Semua ada dalam al-Quran
“Semua ilmu ada dalam al-Quran,” kata seorang
ulama.
“Maksud tuan ilmu dunia juga?” balas seorang
pemuda.
“Ya, ilmu dunia dan akhirat.”
“Saya tidak percaya. Masakan begitu? Bagi saya
mustahil kitab al-Quran yang hanya terdiri daripada ribuan ayat itu boleh
mengisi semua bentuk ilmu.”
“Berapa ayat yang diperlukan untuk memuatkan semua ilmu yang ada?”
“Wah, tentulah berbilion-bilion banyaknya.
Bentuk dan jenis ilmu tersangatlah luas.”
“Saya masih berpendapat semua asas ilmu ada
dalam al-Quran.”
“Saya tetap tidak bersetuju,” tegas si pemuda.
Ulama hanya tersenyum.
Tidak puas hati, keesokan harinya pemuda itu
bertemu dengan ulama itu semula.
“Tuan masih percaya semua ilmu ada dalam
al-Quran?”
“Ya,” jawab ulama itu pasti.
“Kalau begitu, berapa banyak minyak yang boleh
didapati daripada sekilogram buah kelapa sawit?”
Ulama itu diam. Pemuda itu rasa bangga kerana
pada pengamatannya ulama itu akan tunduk pada pandangannya.
“Dan jangan lupa tunjukkan nama surah dan
ayatnya sekali ya…,” tambah pemuda itu.
Beberapa ketika kemudian, ulama itu berkata, “Ya
saya tahu jawapannya. Malah saya tahu surah serta ayat yang menjawab persoalan
itu. Tetapi untuk menjawabnya, mari ikut saya.”
Pemuda itu mengikut ulama tersebut menuju ke
suatu tempat.
“Kita nak kemana?”
“Ikut sahajalah.”
Tidak lama kemudian mereka bertemu dengan
seorang pekerja yang sedang menyelia kerja-kerja memproses buah kelapa sawit.
Ulama itu bertanya, “ Tuan, boleh beritahu kami berapa banyak minyak yang kita
akan dapat daripada sekilogram kelapa sawit?”
Penyelia itu spontan memberikan jawapannya.
Sejurus kemudian, ulama berkata kepada si pemuda, “Itulah jawapannya.”
“Eh, saya mahukan jawapan daripada al-Quran,
bukan penyelia ini!” Bantah pemuda itu agak marah.
“Itulah jawapan al-Quran,” jawab ulama itu
dengan tenang.
“Apa maksud tuan?”
“Inilah jawapan daripada al-Quran. Dalam surah
an-Nahl ayat 43, Allah telah berfirman yang bermaksud, ‘…maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai
pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.’ Dan kita telah pun bertanya
kepada penyelia kilang kelapa sawit ini tentang soalan kamu. Inilah yang
dijelaskan kaedahnya oleh al-Quran dan inilah jawapan al-Quran kepada soalan
kamu itu.”
Pengajaran
Al-Quran bukan kitab sejarah, sains atau
ilmu-ilmu yang lain. Namun begitu, dalam al-Quran ada asas dan teras umum bagi
ilmu-ilmu itu yang menjadi dasar, prinsip dan panduan untuk mengembangkannya. Jika seseorang mempelajari al-Quran
secara menyeluruh, dia akan mempunyai pengetahuan umum bagi SEMUA ilmu yang
penting di dunia.
p/s: I’m about to read the ‘Healing with
the MEDICINE of the PROPHET s.a.w by Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah’ and I’m already
felt that it gonna be really wonderful. J
Tuesday, March 26, 2013
Sunday, November 18, 2012
fikir-fikirkan
Dari Aqsa Syarif
Isu Palestin:
1-Ada yang berdemo
2-Ada yang boikot
3-Ada yang bantu menyebarkan kesedaran dan kempen
4-Ada yang mengutip derma
5-Ada yang menadah tangan berdoa
6-Ada yang berkuasa, memberi ancaman dan amaran
Tapi ada juga, yang memperlekehkan semua perkara di atas. Isunya, bukan perkara apa yang dibuat, tapi bagaimana sensitifnya hati kita, tersentaknya jiwa apabila saudara kita dianiaya. Sifat
Isu Palestin:
1-Ada yang berdemo
2-Ada yang boikot
3-Ada yang bantu menyebarkan kesedaran dan kempen
4-Ada yang mengutip derma
5-Ada yang menadah tangan berdoa
6-Ada yang berkuasa, memberi ancaman dan amaran
Tapi ada juga, yang memperlekehkan semua perkara di atas. Isunya, bukan perkara apa yang dibuat, tapi bagaimana sensitifnya hati kita, tersentaknya jiwa apabila saudara kita dianiaya. Sifat
kemanusiaan dalam hati.
Buatlah apa nak dibuat, katalah apa yang nak dikata.
Yang pasti, suatu hari nanti, bila Allah bertanya pada kita,
"Apa yang kamu buat apabila saudara seagamamu dizalimi di Palestin?"
Setiap orang ada jawapan masing-masing. Cuma fikirkan, adakah kita memang punya jawapan sebagai pembela?
Buatlah apa nak dibuat, katalah apa yang nak dikata.
Yang pasti, suatu hari nanti, bila Allah bertanya pada kita,
"Apa yang kamu buat apabila saudara seagamamu dizalimi di Palestin?"
Setiap orang ada jawapan masing-masing. Cuma fikirkan, adakah kita memang punya jawapan sebagai pembela?

Sunday, November 11, 2012
Iskandar ZulQarnain & Alexander The Great
”Sahabat-sahabat
beta yang disayangi, mahu kalian mendengar nasihat beta?”
Ketiga-tiga lelaki yang rapat dengan Raja Macedonia itu termangu-mangu menantikan sambungan bicara Alexander.
“Perbanyakkan apa yang kamu beri dan kurangkan apa yang
kamu ambil. Sesungguhnya, kemuliaan orang yang mulia adalah pada apa yang dia
berikan. Manakala kehinaan orang yang hina itu adalah pada apa yang dia ambil.”
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Bersaksi mata bahawa Aristotle berkata kepada Alexander,
“Ketika anakanda melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata-katamu itu
meninggalkan bekas pada hati orang lain. Ibarat menusukkan pisau pada
seseorang, lalu dicabutnya pisau tersebut. Fahamilah, tidak mengira berapa kali
anakanda memohon kemaafan, luka itu akan tetap ada parutnya. Keterlukaan akibat
kata-kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.”
Lalu mahaguru bijaksana itu menambah lagi.
Lalu mahaguru bijaksana itu menambah lagi.
“Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan
apa yang tidak kita inginkan. Justeru, ketika kita mendapatkan apa yang kita
inginkan, akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan itu kadangkala tidak
dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.
“Anakanda, seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan
secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan
walau sezarah kesusahan kepada mereka.
“Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain
dibukakan. Waspadalah anakanda. Seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu
yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita.”
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Begitulah sedikit cebisan mutiara diambil dari novel
Alexander Agung Hijab Raja Zulqarnain. Novel pertama saya habiskan untuk
semester ni. Dalam novel ini, penulis cuba membersihkan kembali tokoh Iskandar
ZulQarnain. Saya begitu kagum dengan usahanya dalam menafikan tohmahan orang
Barat yang mengatakan Zulqarnain adalah pemimpin yang kejam. Dari novel ini,
jelas ternyata bahwa Alexander The Great dan Iskandar ZulQarnain adalah orang
yang sama.
sebelum ni teringin sangat nak kenal dengan tokoh hebat ini yang Al-Quran sendiri turut mengisahkan
tentang kisah beliau dalam surah al-kahfi. Banyak je buku-buku yang mengkaji
tentang beliau. Tapi novel ini meringkaskan kajian tersebut dalam bentuk cerita
yang penuh pengembaraan. Penulis betul-betul berjaya buat saya jatuh hati
dengan watak Iskandar ZulQarnain,,^_^,,
pada sape-sape yang teringin nak kenal dengan Alexander
The Great. Saya galakkan bacalah novel ni, sebab ianya bukan bacaan biasa
tetapi sebuah kisah yang penuh pengembaraan :)
mesej saya pada penulis Web Sutera turut menjadi antara testimoni positif yang turut dipaparkan dalam blog beliau à Web Sutera
Friday, October 19, 2012
pesan umi
Umi
cakap,,,
’’ Jangan belajar dengan rasa yang
terpaksa, tapi cuba tanam dalam diri yang ‘aku memang nak tahu tentang semua tu’.
InsyaAllah, takkan ada perasaan tertekan.”
Belajar
makin lama memang takde yang makin mudah dan senang. Semuanya makin mencabar.
Kadang-kadang
rasa cam nak give up pun ada,,sebab rasa dah tak terdaya.
But
one thing, bila kita cuba belajar untuk suka akan sesuatu tu, we will treasure
every single thing about them, isn’t it? Tak kira betapa banyak and susah
sekalipun.
And the same goes to our situation here.
Jadi, belajarlah mencintai ilmu.
Dan jangan pandang belajar itu
sebagai satu tanggungjawab yang membeban, tapi anggap saja ianya satu
pengembaraan yang penuh dengan 1001 wonders. J
Tuesday, October 2, 2012
"Men are from Makkah, Women are from Medina"
A talk by Dr Harlina Halizah Siraj..
Mekka is a hard, dry land – Much like this, men are generally dry and don’t know how to cry. If they do, they don’t want to show it and instead keep all the pain within them under the guise of masculinity.
Medina is soft, with water flowing beneath it and the rain is consistent throughout its seasons – Which reflects women who can easily cry and they’re not scared to show their emotions. In fact, under the guise of femininity they display their emotions regularly.
Mekka has a harsh climate; it’s rough and known to be a mountainous area – Men’s beauty lies in their masculinity, power strength and ruggedness. This is what makes them attractive and allows them to lead effectively.
Medina is lush, full of splendour and serenity – Women are known to be peaceful, full of serenity and their femininity makes them beautiful.
Mekka’s main emotion is `izzah, they are full of honour and will do anything to protect it. They like to be respected and acknowledged, this is what motivates them to excel as individuals.
Medina is full of sukoon, the people are known for their softness. Women are generally more loving and caring; they’re soft by nature and will generally give more than they receive.
Differences in Qur’anic verses
Mekkan (Makiyyah) verses are short, straight to the point and general.
Medinan (Madaniyyah) verses are long, detailed and at times they keep going on, and on.
Mekka is a hard, dry land – Much like this, men are generally dry and don’t know how to cry. If they do, they don’t want to show it and instead keep all the pain within them under the guise of masculinity.
Medina is soft, with water flowing beneath it and the rain is consistent throughout its seasons – Which reflects women who can easily cry and they’re not scared to show their emotions. In fact, under the guise of femininity they display their emotions regularly.
Mekka has a harsh climate; it’s rough and known to be a mountainous area – Men’s beauty lies in their masculinity, power strength and ruggedness. This is what makes them attractive and allows them to lead effectively.
Medina is lush, full of splendour and serenity – Women are known to be peaceful, full of serenity and their femininity makes them beautiful.
Mekka’s main emotion is `izzah, they are full of honour and will do anything to protect it. They like to be respected and acknowledged, this is what motivates them to excel as individuals.
Medina is full of sukoon, the people are known for their softness. Women are generally more loving and caring; they’re soft by nature and will generally give more than they receive.
Differences in Qur’anic verses
Mekkan (Makiyyah) verses are short, straight to the point and general.
Medinan (Madaniyyah) verses are long, detailed and at times they keep going on, and on.
[credit to aisyah shakirah]
Friday, August 17, 2012
Penangan reunion
Dah lama tak dengar
tazkirah ustaz Yahya.
Malam tu, sebagai
memulakan bicara,ustaz mulakan tazkirahnya dengan sebuah kisah berkenaan bulan
ramadhan..
“Pada suatu ketika,
Rasulullah sedang menaiki mimbar ingin memberi khutbah kepada para sahabat. Semasa
menaiki mimbar, kedengaran Rasulullah menyebut, ‘Amin…Amin…Amin’ . Lalu sahabat
pun bertanya tentang perkara itu. Dan Rasulullah menjawab bahawa baginda
mengaminkan 3 doa malaikat Jibril iaitu :
1- umatmu amatlah rugi
bila mereka tidak merasa apa-apa bila menjelangnya Ramadahan apatah lagi bila
ia berlalu pergi
2- umatmu amatlah rugi
bila kedengaran nama Rasulullah disebut, mereka amat kedekut untuk berselawat.
3- Dan mereka amatlah
rugi jika membiarkan ibu bapa yang uzur bersendirian di bulan Ramadhan.
Rindu sangat dengan
ustaz dan ustazah. Dulu, hampir setiap hari ada saja pesanan, teguran dan
tazkirah di musolla. Hati selalu hidup dan subur berada di bumi karamah itu.
Biahnya yang indah,
guru-guru yang tak pernah kenal erti jemu dengan kedegilan pelajar, kawan-kawan
yang turut sama mencorakkan kehidupan seharian dan segala sesuatu yang ada
disitu. Semuanya menyumbang membentuk diri ini.
ustaz hidayat
Jujurnya, memang
sangat rindu nak balik sekolah. Dulu, tak sabar nak keluar nak habiskan sekolah
sebab terikat dengan macam-macam peraturan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Tapi,
sekarang baru nampak peraturan-peraturan itu yang membentuk benteng pertahanan
diri dan seterusnya menjadi perisai kepada diri daripada perkara-perkara yang
tak sepatutnya.
“Nanti kamu akan
rindu nak balik sini”. Heh, memang betul cakap ustazah.
Kehidupan luar
begitu mencabar waima duduk dalam universiti Islam sekalipun. Takkan ada lagi
dah orang yang nak brainwash, nak marah-marah demi kebaikan, takde lagi dah orang
yang denda kalau bangun subuh lewat, dan takde lagi dah orang yang boleh tunjuk
mana yang betul, mana yang salah. Diri sendiri kena pandai survive dan justify
sendiri mana yang baik dan mana yang tak….Dan saya rasa diri saya sedang jatuh
merudum L
Pesanan terakhir
ustaz Yahya; "Walau dibumi mana pun kamu berada..
1- jaga solat 5 waktu
2- seboleh-bolehnya,carilah sahabat yang berfikrah Islam dalam hidupnya. "
1- jaga solat 5 waktu
2- seboleh-bolehnya,carilah sahabat yang berfikrah Islam dalam hidupnya. "
Dulu…
Hati tak pernah kenal erti membenci
Tak pernah kenal erti cemburu dan dengki
Tapi mungkin dek kerana hanyut dengan nikmat yang
Allah bagi
Hati pun menjadi makin gelap dinodai dosa
Maka jadilah hati itu gersang dengan kebenaran dan
kebaikan.
Aku ingin menjadi seperti yang dulu
Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk membaiki diri
Menjdi lebih baik dari hari-hari yang semalam.
Wednesday, August 15, 2012
August 11th
*ihsan gambar: Facebook Liyana Latep
Izati : Dey, betul ke nak masuk ni?
Saya : Hmm..betulla. Dah jauh-jauh datang takkan nak
balik pulak..
Akhirnya, menapak jua masuk melepasi pagar
sekolah.
Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku
Ampuan Jemaah (SAMTTAJ). Itulah nama sekolah menengah saya J. Lokasi : *pusing-pusing je keliling masjid negeri, nanti mesti jumpa
sebuah sekolah yang tersergam indah :P
It has been ages since my last visit. Dah
lamaaaaa sangat tak jumpa cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Malu. Segan. Takut.
Semua ada,macam nak pergi jumpa interviewer pun ada. :D
Sesampai je kami berdua disambut oleh
fitrah, aina nazira dan liyana safira. Diorang MT, tengah buat preparation
bawah garaj. Kalau ikut tentatif, majlis sepatutnya mula pukul 2. Masa tu dah
pukul 2 lebih..macam takde orang je. Dalam pukul 3 lebih camtu,baru mula ramai yang datang.
Petang tu, ada main game sikit. ‘Game
Saham’ katanya. Just enjoy the game, dude! Haha, tak main sangat. Banyak
berborak je. Yela, kan dah lama tak jumpa. Kawan-kawan belajar oversea pun
ramai yang balik, merancakkan lagi suasana.
selepas main 'game saham'
Ohh, lupa nak bagitau. Reunion kali ni
adalah gabungan batch kitorang iaitu batch SPM’08 dengan batch junior SPM’09.
Masa mula-mula nak merangka event ni, bergaduh jugak la haa. Tak nak gabung la,
nak privasi la, macam-macam. Tapi gaduh dalam persidangan laman muka buku je.
Sebab mula-mula ingatkan kitorang2 je. Pastu,
last2 bagi jugak peluang adik- adik tu reunion sekali. Lagipun, batch tu bukan
jauh sangat. Adik yang paling dekat tahunnya,setahun je beza. Ehee. Tapi bagus
jugak sebab diorang meramaikan dan memeriahkan majlis masa hari berkenaan.
Majlis rasmi bermula dalam pukul 7, ada
ucapan sikit dari pengarah program, pengerusi alumni dan YDP PIBG. Lepas azan
maghrib berkumandang, kami berbuka dulu yang ringan, kurma dengan air mineral.
Dan setelah selesai solat maghrib berjemaah baru berbuka di dewan makan ataupun
bahasa asramanya, DM (dah lama tak sebut perkataan tu, D-M)
di Dewan Makan
dari kiri: ustazah zawiyah (ajar BAT),teacher mazwin (ajar BI),
cikgu munirah (ajar Maths), cikgu Zunaidah (ajar BIO)
Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan
solat Tarawih berjemaah. Tarawih buat 8 rakaat, tapi lepas 4 rakaat stop
kejap, dengar tazkirah ringkas dari ustaz Yahya. Ya Allah rindu sangat dengan
ustaz, rindu nak dengar butiran2 mutiara hikmat dari beliau. Mukanya dari dulu
sampai sekarang jernih je dan suka tersenyum. Ustaz yang kelakar dan tegas
tetapi juga lemah lembut dengan anak muridnya.
Lepas habis tarawih, ada moreh sikit dan
majlis pun berakhir. Tapi saya dan kawan-kawan tak sempat nak bermoreh sebab
nak berkejar ke dataran shah alam. Kebetulan,hari itu adalah hari belia anjuran
kerajaan negeri Selangor. Dan malam tu ada program sembang santai Ustaz Azhar
Idrus dengan beberapa selebriti. Kami pun taknak la melepaskan peluang nak
dengar secara live.
Ramai sangat orang dan ada juga yang bawa
seluruh ahli keluarganya berkelah kat padang tu. Subhanallah, sungguh hebat
fenomena ustaz azhar. Walau apa pun, tazkirah ustaz Yahya tetap menang di hati
dan ingatan sebab bukan selalu dapat dengar tazkirah dari beliau J
ustaz Yahya :)
Sungguh barakah bumi shah alam. Masjid
negeri selalu hidup,diramaikan oleh penduduknya. Qiamulail pun penuh sangat melimpah-limpah memenuhi ruang masjid. Masjid tu kawan baik kitorang dulu. kalau ada pape event mesti sekolah kitorang dijemput. Ohh seriously rindu dengan zaman sekolah.
pemandangan dari puncak Dewan Makan
Malam tu saya dengan zati ambil peluang stay kt masjid negeri yang penuh karamah itu. Sebab esok paginya ada kuliah subuh dari ustaz azhar idrus :D
ole-ole balik umah :D
Harap-harap ada lagi reunion untuk tahun-tahun akan datang. InsyaALLAH ,,^_^,,
Thursday, July 26, 2012
Coretan buat pembaca..
Saya perlu memberitahu kalian…
Ini blog persendirian..
Kadang-kadang ada cerita..
Kadang-kadang ada pengalaman..
Kadang-kadang ada pesanan..
Kadang-kadang ada luahan..
Tapi segala coretan disini tidak
pernah berniat untuk melukakan jiwa mahupun ingin membanding-bandingkan dengan
sesiapa.
BUKAN juga untuk menunjuk-nunjuk.
Ianya cacatan penceritaan monolog dalaman yang kadang-kadang tak mampu
untuk diluahkan secara lafaz.
Saya bukan orang yang bijak berkata-kata dan pandai bercerita tapi saya
SUKA nak bercerita…tapi kadang-kadang saya tak reti bercerita dengan bercakap..dan sebab tu saya lebih prefer menulis untuk bercerita *walaupun kadang-kadang menulis pun sama je
failed jugak =,=
Jadi..diri ini ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada
entri-entri daripada blog ini yang melukakan dan meninggalkan kesan yang
mendalam dalam sanubari kalian.
Semoga pada bulan yang penuh barakah ini, kita sama-sama berusaha
memperbaiki kekurangan diri,,^_^,,
Monday, November 28, 2011
untukmu sahabatku...
Maafkanku
sahabat
Bukan
niatku melukaimu
Aku
insan tak sempurna
Tak
lari dari kesilapan dan kesalahan
Kutahu
berterus terang adalah satu perkara yang amat sukar buatmu
Kerna
kau khuatir kau melukakanku
Tapi
hakikatnya itulah yang amat aku perlukan darimu sahabat
Manusia
itu berubah
Dan
aku tak sedar sehinggalah kau memberitahu
Padaku
perihal sebenar
Dulunya
perkara itu kelihatan sangat janggal bagiku
Tapi
kini ia umpama tabiat yang amat sukar tuk dibuangkan
Sahabat,aku
perlukanmu kerna kau cerminku
Tegurlah
aku apa yang aku silap
Betulkan
aku sebelum terlambat
Jangan
kau risaukan kalau-kalau aku terluka
Ya,mungkin
aku akan terluka
Tapi
biarlah pedih sakitnya kurasakan sekarang
Bukan
nanti dimana aku tidak boleh lagi diselamatkan
Duhai
sahabat,
Sungguh
aku beruntung punyai kamu
Berjanjilah
bahawa kau takkan meninggalkanku sendirian
Thursday, September 8, 2011
eau de toilette and the LiQuor
My friends and I ever talked about whether
perfumes with alcohol are permissible to use during solat or not. Then they
said that,”mestilah tak boleh kan, dah ada alcohol dalam perfume tu..”
And I tried to give my point that it is
permissible for us to use perfumes with alcohol during solat coz I had read
about it from the Solusi.
Well,cam biasa. My words are rare to be
heard.ha-ha. Maybe I wasn’t sound confident to speak out my point,anyway.
So, here is the use of having blog, isn’t it??
To write words that people sometimes are not keen
to listen to.
Here, I give you the pieces that taken from the
Solusi-isu perdana.
“ Soalan : adakah minyak wangi beralkohol
najis? Saya terbaca pelbagai pendapat tentang penggunaan minyak wangi yang
beralkohol, ada yang kata haram kerana ia memabukkan, ada pula yang kata ia
bukan najis. Yang mana satu yang betul?
–Suhaimi Mohd Yatim-
Jawapan :
Sebelum menjawab soalan ini, adalah lebih baik
jika diterangkan secara ringkas apa itu alcohol yang digunakan di dalam minyak
wangi dan yang dicampurkan dengan arak.
Alkohol terhasil daripada proses tindakan kimia
biji-bijian dan kayu-kayuan. Alcohol yang dihasilkan daripada biji-bijian ini
yang dinamakan sebagai ‘alcohol ethyl’ atau ‘ethanol’. Sementara alcohol yang
terbentuk daripada kayu-kayuan pula disebut sebagai ‘methyl’ atau ‘methanol’.
Ethyl alcohol yang dihasilkan daripada
biji-bijian yang diperam cecairnya sehingga menjadi bir atau wain digunakan
untuk minuman, bahan bakar yang mesra alam dan juga sebagai pengawet
ubat-ubatan.
Alkohol yang dicampurkan ke dalam minyak wangi
untuk menyemarakkan harumannya bukan jenis ethanol sama yang digunakan di dalam
arak. Sebaliknya ia menggunakan ‘absolute ethanol’ yang merupakan alkohol yang
hanya mencampurkan sedikit air dan bahan lain. Oleh itu, kesannya juga berbeza
dengan arak, dan tidak lagi dinamakan sebagai arak. Malah alkohol jenis ini
jika dimakan tidak akan menyebabkan peminumnya mabuk, sebaliknya mati!
Berdasarkan penjelasan diatas, ternyata minyak
wangi yang mengandungi alkohol tidak najis dan boleh digunakan ketika
bersolat. Ini juga adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
dan Majlis Fatwa al-Azhar. Begitu juga pendapat Sheikh Sya’rawi dalam bukunya
Anta Tas’al Wa Islam Tujib (Anda Bertanya & Islam Menjawab) bahawa minyak
wangi yang menggunakan alkohol tidak najis. “
Apart from this info taken from the Solusi
magazine, I watched Ejen Halal, Tv al-Hijrah channel. At that moment they
talked about alcoholic drinks.
The same question asked to the JAKIM, whether
this perfumes with alcohol are permissible or not. And then, the JAKIM officer
replied, “ boleh digunakan sebab pembuatan minyak wangi tidak melalui proses
penapaian sebagaimana arak dibuat”
So, I think it’s pretty clear here that it is
permissible for us to use perfumes with alcohol. J
Enchanteur Paris, Chanel, Spice or Cool, Dashing,
Downy?? lol
Selamat-berminyak-wangi!!! (>_<)
Subscribe to:
Posts (Atom)

























