Anas r.a. menceritakan
bahawa seorang lelaki badwi bernama Zahir, seorang yang buruk rupa parasnya
tetapi sangat mulia akhlaknya serta sangat dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.
Sekiranya Zahir datang ke Madinah, beliau akan menghadiahkan Rasulullah s.a.w. barang-barang yang dibawa dari kampungnya. Apabila dia hendak pulang, Rasulullah s.a.w. akan membekalkan barang-barang keperluannya pula sambil baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Zahir orang kampung kita dan kita orang kotanya.”
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi ke tempatnya. Ketika itu dia sedang menjalankan urusan perniagaannya. Dengan perlahan-lahan Rasulullah s.a.w. datang dari belakang dan memeluknya kuat-kuat. Dia tidak menyedari bahawa yang memeluknya itu adalah Rasulullah s.a.w. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.
Rasulullah s.a.w.
membiarkan saja Zahir meronta-meronta sehinggalah Zahir menoleh ke belakang dan
didapati yang memeluknya itu adalah kekasihnya, Rasulullah s.a.w. Maka dengan
bahagianya dia membiarkan belakangnya tersandar di dada Baginda.
Rasulullah s.a.w. masih tidak melepaskan pelukannya.
Rasulullah s.a.w. masih tidak melepaskan pelukannya.
Sebaliknya dengan keadaan
tangannya yang mulia yang tetap memeluknya Zahir itu baginda berkata: “Siapa
nak beli hamba ini? Siapa nak beli?”
Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata: “Ya Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”. Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir: “Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!”
Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata: “Ya Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”. Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir: “Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!”
Musnad Ahmad
Sesungguhnya rupa paras itu tiada nilai disisi-Nya bahkan taQwalah yang menjadi sebenar-benar ukuran kemuliaan seorang hamba...(^_^)
“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke barat dan ke timur itu suatu
kebaikan. Melainkan kebaikan itu ialah barang siapa yang beriman kepada Allah ,
malaikat, kitab, dan para Nabi, dan memberikan harta yang dicintai kepada
kerabat dekat, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang dalam perjalanan, dan
memerdekakan budak, dan mendirikan solat, menunaikan zakat , dan menepati
janji apabila berjanji, dan sabar baik dalam kesulitan, penderitaan dan
peperangan, yang demikan itulah yang benar, dan yang demikian itu lah orang-orang
yang bertaqwa,” (Surah al-BaQarah 2:177)