Monday, March 16, 2015

Nobody will understands you completely like Allah does.
Share with him. Ask Him for strength. And because He knows that you're a strong girl, He tests you with all these.
Somehow, I feel like I don't grow up as same as my age. Feeling like I'm still a kid who needs caretaker. Oh Allah, please bear with me and give me strength to face my life journey. Amin. 😌

Tuesday, September 2, 2014

a brand new spirit


"Senang laa..cuma akak nak nasihat dayah dah pilih jalan nie buruk baik nanti tempuh ye. Kt mana2 tempat kerja ada baik dan buruk dia. Ada suka dan duka..yang penting camne kita bawa diri kita." -kak fara-

Ya, inshaAllah akak. I'll try my best to be the best employee ever.

Tomorrow will be a brand new day at old place. That is my practical training place.

Cuma kali ni dengan azam yang baru , akan cuba bertahan dan kuat untuk mencari passion tu.

Though the circumstances might be different, because there will be no more trainee gang, I'll try my best to work in optimism and keep smiling throughout the incoming days.

May Allah ease this journey. Amin. :)




Friday, August 29, 2014

resignation

Bismillah..

Quite long time I didn't write anything here.

And suddenly the enthusiasm to blog was ignited yesterday after I resigned as a Quality Control Officer at one of the SME company here in Malaysia.

The spirit came after I realized that I need to write my experience somewhere where other people can read it and take moral values from it. Not to show off, but to ponder upon the ibrah as much as we can.



I won't write every single details of the incidence here. But i will just point out the moral values. 

1. Make friends with your officemates. Be friendly and open, though some of them might not be such an 'open' for you. 

2. When you got task such as watching out foreigner doing their job, don't get scared. Have faith that Allah will protect you. Hehe. This happened to me on the very first day I came. But eventually , I get closed with them. Boleh jadi kawan rapat lagi..haha. lagi rapat dengan orang2 nepal tu berbanding officemates yg berbangsa Melayu tu.huh! 
Walaupun tak lama, tapi sepanjang kerja dgn org2 nepal ni, diorang takdela teruk pn, diorang bila arahkan sekali, terus buat apa yg disuruh.diorang ok je bila kita pun baik dgn diorang. (Ok ni kt tempat tula, kat tempat lain i dont know). Cuma kena kasi tegas sikit supaya mereka tak 'pijak kepala' kita. 

3. When you became a manager, please ambil berat pasal orang bawahan. Lagi2 kalau satu department tu ada 4 org je org bawahan, bukan ramai pun kan, boleh jadi family lagi. Jadi pemimpin yg prihatin bukan yang hanya tahu mengarah sana sini. 
Though I was only a Qc, there was a feeling and I can say it is a dream of mine where I wanna bring those nepals and people of my department to get close to like a happy family. It just that the big barrier between us is the language spoken and some people of the department berasa diri dia tinggi sangat compare dengan pekerja production line. 
When you're working happily like a family, i strongly believe segala onak duri dan cabaran akan ditempuhi bersama..dan takkan letak kata2 tersebut hanya sekadar motto company.
But unfortunately, I couldn't bear any longer working with them, so that dream terkubur camtu je.

4. Some fresh grads might facing dilemmas in determining their future careers.  And I am one of them. I’m still searching what is my strength and what do I have to give to ummah and my country.
I wanna die by leaving something beneficial for ummah.
When you find your target, you’ll never tired working on it. I really want to live a life chasing the rewards of akhirah.


5. I start my journey of soul-searching by referring to my hobby, which is reading and collecting food science books. I do not know where it will lead me to, perhaps becoming one of the academician like a lecturer? Ohh, I really don't know. I pray that Allah will guide me through. Amin. J







Thursday, August 29, 2013

Perut itu sumber penyakit



“Dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan (membazir). “
 (Surah al-A’raf 7: 31)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada kantung yang dipenuhkan anak Adam yang lebih buruk daripada perut. Cukuplah seseorang anak Adam itu makan dengan kadar beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak dapat dielak, jadikan 1/3 (daripada kantung perutnya) untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasan. “                                                                      (riwayat at-Tarmizi)

“Sentosanya tubuh itu adalah apabila mengurangkan makanan, dan sentosanya jiwa pada mengurangkan dosa dan sentosanya lidah itu adalah kurang bercakap.” (Tsabit bin Qurrah)

“ Sesiapa yang dapat menjaga perutnya, nescaya ia akan dapat menjaga agamanya. Sesiapa yang mampu berlapar, nescaya ia memiliki akhlak-akhlak yang soleh. Sesunggunya maksiat jauh daripada orang yang lapar dan hampir dengan orang yang kenyang.” (Ibrahim bin Adham)

“Jangnlah kamu makan banyak kerana nanti kamu akan minum banyak, lalu tidur kamu pun banyak dan akhirnya kerugian kamu pun banyak juga.” _Seorang Soleh_

Antara sunnah amalan pemakanan Nabi Muhammad s.a.w:
1-      Hanya menikmati makanan yang halal.
2-      Memulai makan dengan Basmalah.
3-      Mengakhiri makan dengan Alhamdulillah
4-      Makan dengan kadar sederhana sahaja (tidak berlebihan).
5-      Makan secara berjemaah
6-      Tidak bernafas di dalam gelas minuman.

Sumber: 101 Hadis Pengubatan Rasulullah s.a.w daripada Shahih Imam al-Bukhari




Sunday, August 25, 2013

Semua ada dalam al-Quran

“Semua ilmu ada dalam al-Quran,” kata seorang ulama.
“Maksud tuan ilmu dunia juga?” balas seorang pemuda.
“Ya, ilmu dunia dan akhirat.”
“Saya tidak percaya. Masakan begitu? Bagi saya mustahil kitab al-Quran yang hanya terdiri daripada ribuan ayat itu boleh mengisi semua bentuk ilmu.”

“Berapa ayat yang diperlukan untuk memuatkan semua ilmu yang ada?”
“Wah, tentulah berbilion-bilion banyaknya. Bentuk dan jenis ilmu tersangatlah luas.”
“Saya masih berpendapat semua asas ilmu ada dalam al-Quran.”
“Saya tetap tidak bersetuju,” tegas si pemuda.
Ulama hanya tersenyum.

Tidak puas hati, keesokan harinya pemuda itu bertemu dengan ulama itu semula.
“Tuan masih percaya semua ilmu ada dalam al-Quran?”
“Ya,” jawab ulama itu pasti.
“Kalau begitu, berapa banyak minyak yang boleh didapati daripada sekilogram buah kelapa sawit?”
Ulama itu diam. Pemuda itu rasa bangga kerana pada pengamatannya ulama itu akan tunduk pada pandangannya.
“Dan jangan lupa tunjukkan nama surah dan ayatnya sekali ya…,” tambah pemuda itu.

Beberapa ketika kemudian, ulama itu berkata, “Ya saya tahu jawapannya. Malah saya tahu surah serta ayat yang menjawab persoalan itu. Tetapi untuk menjawabnya, mari ikut saya.”
Pemuda itu mengikut ulama tersebut menuju ke suatu tempat.
“Kita nak kemana?”
“Ikut sahajalah.”

Tidak lama kemudian mereka bertemu dengan seorang pekerja yang sedang menyelia kerja-kerja memproses buah kelapa sawit. Ulama itu bertanya, “ Tuan, boleh beritahu kami berapa banyak minyak yang kita akan dapat daripada sekilogram kelapa sawit?”
Penyelia itu spontan memberikan jawapannya. Sejurus kemudian, ulama berkata kepada si pemuda, “Itulah jawapannya.”

“Eh, saya mahukan jawapan daripada al-Quran, bukan penyelia ini!” Bantah pemuda itu agak marah.
“Itulah jawapan al-Quran,” jawab ulama itu dengan tenang.
“Apa maksud tuan?”

“Inilah jawapan daripada al-Quran. Dalam surah an-Nahl ayat 43, Allah telah berfirman yang bermaksud, ‘…maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.’ Dan kita telah pun bertanya kepada penyelia kilang kelapa sawit ini tentang soalan kamu. Inilah yang dijelaskan kaedahnya oleh al-Quran dan inilah jawapan al-Quran kepada soalan kamu itu.”

Pengajaran

Al-Quran bukan kitab sejarah, sains atau ilmu-ilmu yang lain. Namun begitu, dalam al-Quran ada asas dan teras umum bagi ilmu-ilmu itu yang menjadi dasar, prinsip dan panduan untuk mengembangkannya. Jika seseorang mempelajari al-Quran secara menyeluruh, dia akan mempunyai pengetahuan umum bagi SEMUA ilmu yang penting  di dunia.



p/s: I’m about to read the ‘Healing with the MEDICINE of the PROPHET s.a.w by Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah’ and I’m already felt that it gonna be really wonderful. J



Sunday, November 18, 2012

fikir-fikirkan

Dari Aqsa Syarif

Isu Palestin:

1-Ada yang berdemo
2-Ada yang boikot
3-Ada yang bantu menyebarkan kesedaran dan kempen
4-Ada yang mengutip derma
5-Ada yang menadah tangan berdoa
6-Ada yang berkuasa, memberi ancaman dan amaran

Tapi ada juga, yang memperlekehkan semua perkara di atas. Isunya, bukan perkara apa yang dibuat, tapi bagaimana sensitifnya hati kita, tersentaknya jiwa apabila saudara kita dianiaya. Sifat 
kemanusiaan dalam hati.

Buatlah apa nak dibuat, katalah apa yang nak dikata.

Yang pasti, suatu hari nanti, bila Allah bertanya pada kita,

"Apa yang kamu buat apabila saudara seagamamu dizalimi di Palestin?"

Setiap orang ada jawapan masing-masing. Cuma fikirkan, adakah kita memang punya jawapan sebagai pembela?